dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Machan, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran & eKelas serta Advokasi KDB

7 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 8 orang peserta yang baru mendaftar dan telah berdaftar mengikuti ekelas. Kelas telah dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Bilik Latihan PI Machan.

Peserta yang telah berdaftar untuk menyertai ekelas boleh membuka portal ekelas mereka masing-masing. Peserta telah belajar menambah kenalan, membuat perbincangan, melihat subjek-subjek ekelas dan melihat mata (point) di dalam portal masing-masing.

Di samping itu, peserta yang baru mengikuti eKelas telah membuat pendaftaran baru. Ekelas ini memberi kemudahan kepada peserta untuk mengulangkaji serta melihat subjek-subjek Sains, Matematik dan English yang telah diajar di sekolah. Pada kelas kali ini, peserta telah mengulangkaji sama-sama subjek Sains yang telah diajar di sekolah iaitu Bab Ketumpatan.

Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak iaitu mengenai Perkongsian Berlebihan di internet. Ia bertujuan mendidik peserta supaya tidak mudah berkongsi secara berlebih-lebihan mengenai maklumat diri di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.